Lihat alamat syarikat Berkat Facility Management ialah alamat Pangsapuri Mawar.
Bila syarikat ditubuhkan? Ianya sama pada tarikh perjanjian ditandatangani.
Ini bermakna ada di kalangan Ahli Jawatankuasa Pangsapuri Mawar sendiri bersama-sama Rafik telah merancang menubuhkan syarikat ini atas nama Rafik utk bekerja sebagai Ejen Pengurusan Pangsapuri Mawar.
Lihat tarikh akhir perubahan dilakukan terhadap maklumat syarikat. Kenapa tarikhnya sama dengan penubuhan syarikat Berkat Facility Management?
Jelas pada tarikh yang sama mereka berfikir dan berbincang samada untuk menggunakan syarikat Berkat Venture yang diubah maklumat “nature of business”nya atau tubuhkan syarikat baru dengan nama Berkat Facility Management yang hampir sama dengan nama Bintai Facilities Management.
Akhirnya kedua-duanya dilakukan. Membuatkan kita berjaya melihat apa yang mereka lakukan pada 22 September 2008 yang lalu.



Akta 663
Strata Titles (Amendment) Act 2007
Strata Titles Act 1985
Mungkin Berkat facility ditubuhkan semata-mata untuk mengurus Pangsapuri Mawar kita. Sebab tu takda pejabat. Tak masuk akal AJK boleh terima syarikat seperti ini urus Mawar jika takda kepentingan. Saya sangat sokong dedah dan heret AJK yang terlibat ke muka pengadilan.
Berkat Facility sepatutnya dikenakan sewan bulanan menggunakan harta penmilik mawar sebagai pejabat sendiri. Dah tentu kemudahan pejabat lain seperti telefon, letrik, fax, aircond, photostet digunakan secara percuma. Bila baca post-post yang lepas, sangat nyata Pengerusi yang sangat menyebelahi ejen pengurusan terlibat menipu pemilik mawar.
Saya langsung tak sangka bila lihat alamat Berkat Facility yang berdaftar di SSM guna alamat Mawar. Patut ejen pengurusan (rafek) sangat sombong dan kasar. Rupanya jadi macai Pengerusi. Saya sangat harap perkara-perkara ini disiasat dan diambil tindakan walau Pengerusi dan sesiapa yang terlibat dah tak pegang jawatan lagi.
tak sabar tunggu mesyuarat 13hb ni. nak tengok pengerusi boleh jawab atau tidak soalan-soalan nanti. jika tak boleh jawab baik pecat. tapi pecat aje tak puas hati kalau ada bukti pengerusi bersubahat. apa kata minta dia bayar balik apa-apa kerugian duit yang dia dah ambik? sapa yang berani tolong pakat dengan penduduk lain hantar laporan ke pencegah rasuah atau mana-mana pihak.
Kami menjangkakan Pengerusi tidak akan mengiktiraf EGM yang akan diadakan pada 13 Feb ini. Kami juga menjangkakan tindakan Pengerusi yang di luar jangkaan pada EGM nanti. Justeru EGM ini adalah pentas untuk penduduk mendapatkan maklumat sebenar dan bukti-bukti yang akan kami bawa untuk penilaian semua penduduk. Kami mengalu-alukan semua penduduk untuk turut serta di dalam EGM nanti. Tidak kira sekiranya masih ada hutang atau tidak kerana kami mahu semua penduduk tahu penyelewengan yang dah berlaku selama ini.
Penyelewengan terbaru ialah perlantikan Raja (supervisor Metro security yang telah tamat kontrak) sebagai Bodyguard Rafik. Adakah penduduk bayar yuran penyenggaraan untuk Rafik upah Bodyguard?
ADALAH MENJADI TANGGUNG JAWAB PIHAK2 YANG ADA MAKLUMAT SEPERTI YANG TELAH DIDEDAHKAN PADA BLOG INI,TERUTAMA AJK2 YANG MERASAKAN DIBELAKANGI SETIAP URUSAN JMB MELAPURKAN KE SPRM,JIKA AJK2 TERSEBUT BERANI MENAMPILKAN KEPINCANGAN URUSAN JMB JUGA Berkat Facility Management ,MENGAPA PERLU TAKUT UNTUK BUAT LAPURAN KE SPRM.
SETELAH MENELITI KELUHAN ,KETIDAKPUASAN HATI AJK2 TERLIBAT YANG SEMEMANG TIDAK PUAS HATI JUGA TERDAPAT KEPINCANGAN BERTERUSAN ,MENGAPA MASIH BERDIAM …JIKA SETIAP PENDEDAHAN INI BENAR,JUGA TERDAPAT BUKTI…PERLU TUNGGU APA…SEGERA LAPUR KE SPRM.
DEDAHKAN SEGALA KEPINCANGAN BERLAKU SEGERA,PEMILIK UNIT KEDIAMAN MANA TAHU PERKARA TIDAK BAIK BERLAKU BERKAITAN URUS TADBIR JMB SELAMA INI.SUDAH RASA JELAS KEPINCANGAN AJK2 YANG TIDAK SEHALUAN DAN TIDAK DAPAT MENERIMA KESALAHAN BESAR YANG ADA DARI JMB…TOLONG LAPUR SEGERA KE SPRM.JANGAN TUNGGU2 LAGI.ANDA AJK2 TIDAK SEHALUAN JUGA TAHU SANGAT TENTANG URUSAN JMB.SYABAS PENDEDAHAN ANDA DI BLOG INI.
UNTUK MENDAPAT SOKONGAN , AJK2 TERLIBAT YANG BUAT PENDEDAHAN DI BLOG INI ,APA SAHAJA PERKARA BERKAITAN JMB YANG TIDAK TELUS ,ADA BAIK SAMPAIKAN SECARA MAKLUMAT BERCETAK KEPADA SEMUA PEMILIK UNIT KEDIAMAN,MASUK SAHAJA KE PETI SURAT PEMILIK UNIT KEDIAMAN,MELIHAT BUKAN SEMUA PEMILIK UNIT KEDIAMAN YANG TAHU UJUD BLOG INI.
HARAP AJK2 TERLIBAT YANG MENDEDAHKAN TIDAK TELUS / PINCANG URUSAN JMB MENGAMBIL LANGKAH AKHIR APA YANG DISARANKAN.TERIMAKASIH.
SOKONGAN UNTUK ANDA PADA 13HB.FEB INI TETAP.
kalau ada bukti pengerusi bersubahat. apa kata minta dia bayar balik apa-apa kerugian duit yang dia dah ambiL? INI SEMUA BUANG MASA ,TAK AKAN TERMAMPU DIA BAYAR BALIK.LAPURAN KE SPRM JE.
SDR.ROSMIZUL,SDR.ALAN,TN.HJ.ABD.RAZAK,SDR.SULAIMAN,( ANDA ANTARA AJK2 YANG SEMEMANG TAHU TERDAPAT KEPINCANGAN YANG BERTERUSAN SELAMA BERSAMA BARISAN AJK2 JMB SEBELUM INI,ADALAH LAYAK ANDA YANG MELAPURKAN KE SPRM.
JANGAN TUNGGU LAGI ,BERTINDAK SEGERA.
BERANI KERANA BENAR.
MENGAPA PERLU BERLANJUTAN MEMPEKATAKAN HAL2 PINCANG JMB ,JIKA TIADA TINDAKAN.
HARAP BERI PERHATIAN SEGERA.
Sdr N TI KORUPSI,
Untuk isu-isu ini kami telah membuat laporan polis tak kurang dari 7 laporan polis termasuk jenayah perdagangan. Kami amat mengalu-alukan kedatangan tuan2 dan puan2 ke EGM pada 13/2/11 ini.
Dalam urusan mengadakan EGM ini pun kami tidak diberi kerjasama oleh Ejen Pengurusan seperti menempah dewan, mendapatkan senarai pemilik dan sebagainya.
Ejen Pengurusan sering bertegas menyatakan Pengerusi dan Naib Pengerusi mempunyai KUASA MUTLAK di atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh AJK.
Ini jelas menunjukkan Ejen Pengurusan yang didalangi Pengerusi/Naib Pengerusi sanggup mengenepikan desakan 250 pemilik serta arahan Pesuruhjaya Bangunan (COB) DBKL untuk mengadakan EGM ini.
Sekali lagi harapan kami, datanglah ke EGM ini walau apa pun halangan demi kebaikan kita bersama.
Security guard yang baru dilantik telah mengesahkan bahawa Raja masuk menggunakan motor dan kad akses sendiri. Apabila ditanya Raja mengatakan bahawa dia diupah sebagai bodyguard Rafik dengan bayaran RM2000 sebulan sehingga Rafik habis kontrak.
Apabila Bendahari bertanya kepada Pengerusi, Pengerusi sahkan bahawa Raja memang dibayar sendiri oleh Rafik sebagai Pengurus in-charge bahagian security dan Pengerusi membenarkan perkara ini berlaku di dalam pangsapuri kita.
Mengapa Rafik perlu bodyguard?Itulah selama ini buat jahat banyak-banyak rahsia sudah terbongkar sekarang takut pemilik2 yang marah belasah dia, itulah sebab dia perlu bodyguard kat Mawar.Bagaimana kalau sudah keluar Mawar,kena belasah dia kau kau baru puas hati.
Ini dapat membuktikan syarikat Berkat Facility bukan asal syarikat yang memberi berkhidmatan pengurusan pangsapuri tetapi ditubuhkan semata-mata untuk bekerja sebagai agent pengurusan Pangsapuri Mawar sahaja. Ini bermakna Kita patut hanya membayar gaji pekerja (staff cost-dimana gaji Raafik sebanyak RM6,000 sebulan)dan minta balik menegement fee yang telah dibayar sebanyak rm210,000 (rm7,000.00 sebulan x 30 bulan)kerana tidak ada berkhidmatan yang diberikan oleh Berkat Facility yang hanya pernah mengurus pangsapuri Mawar sahaja.
Memang tak percaya Pengerusi tergamak menipu semua pemilik2 selama ini(sudah 2 AGM kena tipu)dan AGM ke 3 ini,kita mesti buang dia ke NERAKA. Kita MESTI saman mereka yang mengelapkan wang maintenance/sinking fund kita ke mahkamah. Biar mereka menghabiskan riwayat hidup mereka di penjara. TERIMA KASIH kepada mereka yang mendedahkan penipuan tersebut jikalau tidak, wang pemilik2 akan habis digelapkan mereka tanpa diketahui.
Jika jawapan pengerusi beliau tak tahu rafik daftar guna alamat mawar sekarang dah tahu apa tunggu lagi. Berkat seolah-olah syarikat kepunyaan pengerusi yang dijalankan oleh rafik. Sebab tu rafik terlalu bergantung kepada pengerusi dan naib. Pengerusi pula beritahu pada notis bahawa AJK yang baru akan mula berfungsi pada bulan april. Org bodoh tak buat macam tu kecuali orang gila aje. Rafik mesti disoal siasat sebulan sebelum habis kontrak.
Mesyuarat dgn COB pd hari rabu lps, COB tlh menetapkan bhw EGM tidak diadakan tetapi semua resolusi dimasukkan dlm AGM. COB juga arahkan tidak ada mesyuarat JMC sehingga AGM. Tetapi Pengerusi masih keras kepala utk buat mesyuarat JMC pada Isnin 21hb Feb iaitu sblm AGM utk bincang semula agenda AGM. Jelas Pengerusi langgar arahan COB dan Pemilik2. Saya seru semua pemilik yg prihatin dtg bilik mesyuarat aras G, blok A utk halang mesyuarat JMC.